welcome to my life...!~

today all of us will witness something special from me and this will be the best and the truth from me and my life so after u walked in u better spare something just in case if your tears comes out your eyes....!~

Tuesday 1 March 2011

dengarlah dan renungkanlah...

ASSALAMUALAIKUM....,

semalam aku habiskan masa aku dengan seorg insan yang sangat aku sayang ATIQAH HAMZAH...sepanjang perbualan kami byk ceritakan tentang kisah kami sehinggalah aku memberitahu dia tentang niat aku yang cuba untuk berubah..dia menyambut dengan gembira namun tiba tiba dia seperti cuba memberitahu aku sesuatu dan aku memaksa dia meluahkan segalanya dan kemudian dia ingatkan aku tentang suatu malam sebelum ini dia ada menelefon aku dan memberitahu aku yang dia terjaga dari tidur kerana dikejutkan oleh sebuah mimpi yang sangat menggerunkan dan akhirnya dia telefon untuk bertanyakan khabarku aku terkejut disebabkan mimpinya itu dia terjaga dan menangis sepanjang malam, dia berasa lega bila mendapat tau yang aku dalam keadaan baik jadik tanpa bertanya lebih aku menyuruh dia basuh kaki dan sambung tidur tanpa mengetahui yang dia langsung tak dapat tidur..

aku ada berasa pelik dengan apa yang berlaku namun aku biarkan kerana aku mengganggap mungkin ini semua cuma mainan tidur sehinggalah semalam aku sendiri hampir menangis apabila dia menceritakan keseluruhan mimpinya padaku dan MASYAALLAH...setiap ayat yang keluar dari mulut nya aku dengar dengan penuh tumpuan dan jantung aku berdegup laju apabila dia memberitahu yang dalam mimpi itu dia nampak aku datang dan keadaan muka ku seperti dalam keadaan terbakar dan sangat buruk...kemudian dia memberitahu yang itu baru mimpi yang pertama dan mimpinya berselang seli dengan mimpi nya di datangi arawah ayah kesayangannya pula dan sehinggalah datang mimpi nya yang kedua dia bermimpi aku muncul di hadapannya dan di mataku tersemat celak yang sangat tebal sambil memandang sedih wajah nya dia memberitahu yang dia ada bertanya dalam mimpinya "awak kenapa" tapi aku cuma diam xberkata apa-apa tetapi terus memandang wajahnya dalam riak yang sangat sedih.

apa yang lebih menginsafkan aku dia memberitahu dia pernah mengalami mimpi yang sama sebelum arwah meninggal dunia. selepas aku mendengar semua nya aku sangat terkejut dan berkata pada diriku adakah aku sudah bersedia menghadapi MATI? hidup aku bergelumang dosa. aku belum sedia untuk MATI kerana aku ingin MATI dalam keadaan aku menjadi seorang MUSLIM yang sebenar benar nya muslim.selepas aku mendengar semuanya aku seperti patung yang tak dapat berfikir dan apa yang aku fikirkan ketika itu hanya satu MATI...

walaupun ianya hanya mimpi aku dapat rasakan yang kekasih aku ini adalah perantara untuk aku berubah....adalah sangat susah untuk aku terus berubah namun aku berazam untuk berubah perlahan-lahan dan aku bersyukur kerna ALLAH telah memberi gambaran tersebut pada nya supaya dia mengingatkan aku yang aku telah sangat jauh terpesong  cubalah kita renungkan sejenak hari ini aku boleh berjalan berlari dan bercakap dengan semua org tersayang tiba-tiba aku bangun sahaja dari tidur hanya roh ku sahaja yang tinggal dan jasadku sudah kaku di iringi oleh keluargaku dan rakan-rakan ku ke pusara ku...dan pada ketika itu apa lagi yang mampu aku lakukan?? sempatkah aku untuk bertaubat?sempatkah aku untuk meminta ampun dari semua org?

dan bagaimana setelah aku di kuburkan nanti? dapatkah aku menjawab semua soalan yang diajukan oleh para Malaikat? dan nanti bagaimanakah keadaan aku di "Padang Mahsyar" kelak?mampukah aku melintas titian "SIRATULMUSTAQIM"?inilah persoalan persoalan yang bermain di fikiran aku dan setiap kali aku berfikir sempatkah aku memohon keampunan ILLAHI...coretan ku ini adalah suatu kisah benar yang sememangnya aku alami dan untuk pedoman semua orang kerana aku dapat rasakan alangkah baiknya sekiranya aku dapat meninggalkan sesuatu yang mungkin dapat memberi perubahan pada orang lain dan aku memohon doa rakan-rakan dan keluargaku agar perubahan ku ini akan berterusan sehingga sampai ajalku...amin...!~sekian ASSALAMUALAIKUM....

coretan pengalaman semalam by

Wan Zikri Afthar.
______________

1 comment:

  1. slm,zik...
    andai niat utk b'ubah tu dh de dlm dri..truskan laa...x prlu b'ubah drastically..pelan2 pon dh ok,,,yg penting nawaitu kite,biarlah lillahita'ala..Islam kn agama yg mudah,,,x prnh pon Allah mewujudkn satu2 hukum hakam tu utk m'bebankan hamba-Nya...pe yg ur girl mimpi tu,mgkin ia adalah satu petunjuk dr-Nya utk awk m'jd sorg hamba Allah yg lbih b'iman n b'taqwa..b'syukur la ,zik..

    ReplyDelete