welcome to my life...!~

today all of us will witness something special from me and this will be the best and the truth from me and my life so after u walked in u better spare something just in case if your tears comes out your eyes....!~

Monday 28 February 2011

what a day!!!

hari ni cuti tp cett pukul 8.30 dah ada orang call laa apala..aduh...baru ingat nak tdo lama sket huhu...last sekali aku bangun jugak pi makan pastu duk lepak kat kedai tu sampai pukul 5 pastu bukak internet masuk blog..hahaha best gila tapi apapun yang penting khamis ni aku akan ke shang hai..yeaahhh aku nak spend masa aku dengan tidur je kat sana nak jalan sikit2 sahaja hahaha..but apapun aku malas jugak nak pi nih huhu...rasa macam malas sangat..huhuhu..awatlaa company ni tak buat pi umrah ka apaka hehehe..boleh gak aku beribadat di sana..huhu...



dua tiga hai ni aku rasa semacam ja..aku rasa macam aku dah puas enjoy and aku ada terasa macam nak stop ngan duniawi aku nak pi belajar jadik tahfiz la..aku ada pikirkan jgk..tp aku xtau mcm mana nak start benda ni..hmmm sekarang aku dah mcm sedar yang dunia yang aku kejar ni seakan2 xkan puas sedangkan dunia ni just sementara je..haihh...oklah aku pon xtau nak cakap apa dah..nak balik tengok tv jap heee...daaa..

Sunday 27 February 2011

hello...

assalamualaikum...
this is my first time having my own blog so i hope after this i won't need other things such as a diary or something bored which i have to write using pen or pencil.haha..and today i am actually felt like i want to share something to all of u about something which i wrote long time ago..this is a short heart letter for my dearest mom who i love the most..




BUAT IBUKU....
hmmmm semua org cintakan ibu mereka dan semua makhluk atas muka bumi ini mahu memberi yang terbaik pada mereka tapi pada aku ibuku banyak mengajar aku untuk menjadi seorang manusia pada aku ilmu tidaklah hanya semata-mata buku tetapi pada aku ilmu yang paling susah dan bernilai adalah ilmu dunia. ilmu dunia tidak semestinya mengejar kekayaan dan kemahsyuran tetapi ilmu dunia pada aku adalah ilmu di mana aku perlu belajar untuk hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba ini dan inilah yang aku pelajari daripada ibuku.sewaktu kecil aku di rotan aku di marahi dan jika kita lihat bila kita semakin dewasa ianya akan semakin berkurang dan di sinilah peranan kita untuk kita menilai diri kita sendiri. berapa ramai ibu di dunia ini yang mengalirkan airmata sedih disebabkan anaknya?inilah yang berlaku dalam kehidupanku aku banyak mengalirkan airmata ibuku dan aku tau aku sangat berdosa padanya namun dosa ku akan selalu di ampunkan ibuku. setiap kali melakukan kesalahan aku akan segera memohon maaf dan setiap kali itulah airmata ibu jatuh ke pipi.aku sedar keburukan aku dan aku sentiasa mahukan yang terbaik untuknya tapi sebagai seorang manusia aku tidak akan dapat lari dari melakukan kesalahan.namun di sebalik semua kesalahan itu aku sedar segala pengalaman itulah yang mengajar kita untuk hidup di dunia ini. ibu banyak memberi inspirasi padaku.semasa aku kecil aku pelik kenapa ibuku selalu mengelak untuk membeli apa-apa benda yang aku suruh melainkan keperluanku dan kini apabila aku dewasa aku sedar setiap sen yang dibelanjakan sangat berharga dalam sebuah keluarga.ibu, aku banyak melukakan hatimu tapi percayalah jauh di sudut hatiku ini aku sangat mencintaimu.segala yang telah kau lakukan untukku akan ku ingat sampai nafasku yang terakhir.ibu, setiap kali kami pulang bertemu mu kau akan menyambut kami dengan senyuman dan aku sangat cintakan senyumanmu,tiada senyuman yang dapat menyaingi senyuman seorang wanita yang bergelar IBU. sekiranya diberi pilihan aku ingin untuk putarkan kembali masa kepada waktu aku di lahirkan kerna aku ingin membuat kau bahagia dan aku ingin mengesat semua airmata yang telah kau bazirkan padaku.dan hari ini kepada wanita yang amat aku sayangi PUAN SHARIFAH NOR LATIFFAH aku anakmu ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU....semoga segala yang telah kau harungi semasa mengandungkan aku,melahirkan aku,dan sehinggalah membesarkan aku akan diberi ganjaran di syurga kelak dan siapalah aku untuk membalas jasamu wahai ibu anakmu ini hanya mampu berdoa dan selagi ada kesempatan aku berjanji akan memberikan sepenuh cintaku padamu....


yang mencintaimu.


wan zikri afthar ishak