welcome to my life...!~

today all of us will witness something special from me and this will be the best and the truth from me and my life so after u walked in u better spare something just in case if your tears comes out your eyes....!~

Wednesday 2 March 2011

menangis

assalamualaikum,

seorang lelaki yang menangis teresak-esak apabila bercakap dengan ibunya apakah itu salah?adakah itu manja?hanya ALLAH sahaja yang tau bagaimana perasaan aku bila ibuku seakan akan tau perasaan anaknya yang sedang gundah sedang aku buntu dan bingung beliau hadir untuk menenangkan aku disusuli deringan telefon dari seorang ayah,
inilah yang dikatan kasih seorang ibu dan ayah. sesungguhnya selepas aku menelaah nasihat yang telah di beri padaku aku sedar betapa beruntungnya aku kerna mereka masih lagi ada di sisi ku sewaktu aku memerlukan mereka,

ibu ayah, sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian dan sesungguhnya aku sedar kasih sayang tidak dapat aku curahkan melalui wang ringgit tetapi doa dan ingatan ku pada kalian.

ibu ayah, aku sedar aku sememangnya berdosa dan sangat jahil namun aku bersumpah akanku curahkan doaku dan kasih sayangku padamu dan hanya itulah yang mampu aku lakukan dan akupernah bermimpi yang suatu hari akan ku penuhi segala kemahuan mu bila aku sudah mampu walaupun kalian tidak pernah memberitahu keinginan kalian namun aku anakmu tau apa yang kalian mahukan.

ibu ayah, sesungguhnya aku sangat takut kehilangan mu dan aku sentiasa berfikir adakah aku mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa melihat senyumanmu gelak tawamu teguranmu dan masakan mu, tetapi yang paling aku takut adakah aku mampu menjadi anak yang soleh yang mana doa2ku akan menjadi peneman mu nanti.

ibu ayah, kini aku sedar aku tidak dapat menghalang kejadian yang telah atau bakal berlaku namun aku tau setiap insan akan di berikan hidayah dari ALLAH cuma kita sahaja mungkin tidak sedar tentang kehadiran hidayah itu.

 ibu ayah doamu telah menjadi penerang hidup ku dan aku akan ingat dan akan ku bawa hingga akhir hayatku,

ibu ayah, terima kasih kerana menjadi ibu dan ayahku dan aku akan menjadi anakmu yang soleh doronglah aku dengan doa-doa mu...aku cintakan kalian...

dedicated to                                                                                      from: your son: zikri
my beloved father: ISHAK BIN IBRAHIM

my beloved mother: SHARIFAH NOR LATHIFFAH.

Tuesday 1 March 2011

dengarlah dan renungkanlah...

ASSALAMUALAIKUM....,

semalam aku habiskan masa aku dengan seorg insan yang sangat aku sayang ATIQAH HAMZAH...sepanjang perbualan kami byk ceritakan tentang kisah kami sehinggalah aku memberitahu dia tentang niat aku yang cuba untuk berubah..dia menyambut dengan gembira namun tiba tiba dia seperti cuba memberitahu aku sesuatu dan aku memaksa dia meluahkan segalanya dan kemudian dia ingatkan aku tentang suatu malam sebelum ini dia ada menelefon aku dan memberitahu aku yang dia terjaga dari tidur kerana dikejutkan oleh sebuah mimpi yang sangat menggerunkan dan akhirnya dia telefon untuk bertanyakan khabarku aku terkejut disebabkan mimpinya itu dia terjaga dan menangis sepanjang malam, dia berasa lega bila mendapat tau yang aku dalam keadaan baik jadik tanpa bertanya lebih aku menyuruh dia basuh kaki dan sambung tidur tanpa mengetahui yang dia langsung tak dapat tidur..

aku ada berasa pelik dengan apa yang berlaku namun aku biarkan kerana aku mengganggap mungkin ini semua cuma mainan tidur sehinggalah semalam aku sendiri hampir menangis apabila dia menceritakan keseluruhan mimpinya padaku dan MASYAALLAH...setiap ayat yang keluar dari mulut nya aku dengar dengan penuh tumpuan dan jantung aku berdegup laju apabila dia memberitahu yang dalam mimpi itu dia nampak aku datang dan keadaan muka ku seperti dalam keadaan terbakar dan sangat buruk...kemudian dia memberitahu yang itu baru mimpi yang pertama dan mimpinya berselang seli dengan mimpi nya di datangi arawah ayah kesayangannya pula dan sehinggalah datang mimpi nya yang kedua dia bermimpi aku muncul di hadapannya dan di mataku tersemat celak yang sangat tebal sambil memandang sedih wajah nya dia memberitahu yang dia ada bertanya dalam mimpinya "awak kenapa" tapi aku cuma diam xberkata apa-apa tetapi terus memandang wajahnya dalam riak yang sangat sedih.

apa yang lebih menginsafkan aku dia memberitahu dia pernah mengalami mimpi yang sama sebelum arwah meninggal dunia. selepas aku mendengar semua nya aku sangat terkejut dan berkata pada diriku adakah aku sudah bersedia menghadapi MATI? hidup aku bergelumang dosa. aku belum sedia untuk MATI kerana aku ingin MATI dalam keadaan aku menjadi seorang MUSLIM yang sebenar benar nya muslim.selepas aku mendengar semuanya aku seperti patung yang tak dapat berfikir dan apa yang aku fikirkan ketika itu hanya satu MATI...

walaupun ianya hanya mimpi aku dapat rasakan yang kekasih aku ini adalah perantara untuk aku berubah....adalah sangat susah untuk aku terus berubah namun aku berazam untuk berubah perlahan-lahan dan aku bersyukur kerna ALLAH telah memberi gambaran tersebut pada nya supaya dia mengingatkan aku yang aku telah sangat jauh terpesong  cubalah kita renungkan sejenak hari ini aku boleh berjalan berlari dan bercakap dengan semua org tersayang tiba-tiba aku bangun sahaja dari tidur hanya roh ku sahaja yang tinggal dan jasadku sudah kaku di iringi oleh keluargaku dan rakan-rakan ku ke pusara ku...dan pada ketika itu apa lagi yang mampu aku lakukan?? sempatkah aku untuk bertaubat?sempatkah aku untuk meminta ampun dari semua org?

dan bagaimana setelah aku di kuburkan nanti? dapatkah aku menjawab semua soalan yang diajukan oleh para Malaikat? dan nanti bagaimanakah keadaan aku di "Padang Mahsyar" kelak?mampukah aku melintas titian "SIRATULMUSTAQIM"?inilah persoalan persoalan yang bermain di fikiran aku dan setiap kali aku berfikir sempatkah aku memohon keampunan ILLAHI...coretan ku ini adalah suatu kisah benar yang sememangnya aku alami dan untuk pedoman semua orang kerana aku dapat rasakan alangkah baiknya sekiranya aku dapat meninggalkan sesuatu yang mungkin dapat memberi perubahan pada orang lain dan aku memohon doa rakan-rakan dan keluargaku agar perubahan ku ini akan berterusan sehingga sampai ajalku...amin...!~sekian ASSALAMUALAIKUM....

coretan pengalaman semalam by

Wan Zikri Afthar.
______________

challenge

aku sekarang dalam dilema aku xtau ape yang aku buat ni betul atau tak...banyak benda yang bermain dalam otak aku nih..haihhh..kalo ikutkan hati aku nak je tinggalkan semua yang aku ada sekarang and beralih ke jalan yang sebenar-benar nya aku inginkan...bukan senang mencari keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat dulu masa kecik-kecik cikgu selalu ajar belajar pandai2 nnt keje dapat gaji besar seronok katanya..tp jarang aku dengar belajar elok-elok nanti besar cari rezeki yang berkat xkisahlah banyak atau sedikit asalkan berkat..aku xtau la kalo sume org dapat rasakan ape yang aku rasa ni atau tak tapi percayalah besar mana pun gaji kite tapi kalau tak berkat still jugak kite akan rase xcukup and kite xkan senang...untuk mencari keberkatan bukanlah susah yang penting setiap sen yang kita dapat itu adalah dari sumber yang hal;al dan dengan cara yang baik dan kite akan dapat lihat betapa besarnya keberkatan itu..sebab itu kadang-kadang kite selalu dengar gaji lapan ratus tapi hidupnya ALHAMDULILLAH senang...and die xmenyusahkan sesiapa..tapi berbeza pulak dengan yang gaji tiga ribu kadang-kadang still jugak tak cukup..hmmm bukan senang dan bukan susah untuk dapat keberkatan itu...tapi apa yang paling penting ingat dengan keberkata itu lah kita akan mendirikan sebuah keluarga dan dari keberkatan itu lah kita akan membesarkan anak dan dengan hasil yang berkat itulah yang akan kita berikan pada ibu bapa kita..tp sekiranya sumber kita itu tak berkat bagaimana???biarlah kita hidup sederhana tetapi bahagia berbanding hidup mewah namun hati kita gundah..selebihnya terpulanglah pada individu itu sendiri sekian....TOLONG KLIK PADA VIDEO ITU SEMASA ANDA SEDANG MEMBACA..TQ : )

Monday 28 February 2011

what a day!!!

hari ni cuti tp cett pukul 8.30 dah ada orang call laa apala..aduh...baru ingat nak tdo lama sket huhu...last sekali aku bangun jugak pi makan pastu duk lepak kat kedai tu sampai pukul 5 pastu bukak internet masuk blog..hahaha best gila tapi apapun yang penting khamis ni aku akan ke shang hai..yeaahhh aku nak spend masa aku dengan tidur je kat sana nak jalan sikit2 sahaja hahaha..but apapun aku malas jugak nak pi nih huhu...rasa macam malas sangat..huhuhu..awatlaa company ni tak buat pi umrah ka apaka hehehe..boleh gak aku beribadat di sana..huhu...



dua tiga hai ni aku rasa semacam ja..aku rasa macam aku dah puas enjoy and aku ada terasa macam nak stop ngan duniawi aku nak pi belajar jadik tahfiz la..aku ada pikirkan jgk..tp aku xtau mcm mana nak start benda ni..hmmm sekarang aku dah mcm sedar yang dunia yang aku kejar ni seakan2 xkan puas sedangkan dunia ni just sementara je..haihh...oklah aku pon xtau nak cakap apa dah..nak balik tengok tv jap heee...daaa..

Sunday 27 February 2011

hello...

assalamualaikum...
this is my first time having my own blog so i hope after this i won't need other things such as a diary or something bored which i have to write using pen or pencil.haha..and today i am actually felt like i want to share something to all of u about something which i wrote long time ago..this is a short heart letter for my dearest mom who i love the most..




BUAT IBUKU....
hmmmm semua org cintakan ibu mereka dan semua makhluk atas muka bumi ini mahu memberi yang terbaik pada mereka tapi pada aku ibuku banyak mengajar aku untuk menjadi seorang manusia pada aku ilmu tidaklah hanya semata-mata buku tetapi pada aku ilmu yang paling susah dan bernilai adalah ilmu dunia. ilmu dunia tidak semestinya mengejar kekayaan dan kemahsyuran tetapi ilmu dunia pada aku adalah ilmu di mana aku perlu belajar untuk hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba ini dan inilah yang aku pelajari daripada ibuku.sewaktu kecil aku di rotan aku di marahi dan jika kita lihat bila kita semakin dewasa ianya akan semakin berkurang dan di sinilah peranan kita untuk kita menilai diri kita sendiri. berapa ramai ibu di dunia ini yang mengalirkan airmata sedih disebabkan anaknya?inilah yang berlaku dalam kehidupanku aku banyak mengalirkan airmata ibuku dan aku tau aku sangat berdosa padanya namun dosa ku akan selalu di ampunkan ibuku. setiap kali melakukan kesalahan aku akan segera memohon maaf dan setiap kali itulah airmata ibu jatuh ke pipi.aku sedar keburukan aku dan aku sentiasa mahukan yang terbaik untuknya tapi sebagai seorang manusia aku tidak akan dapat lari dari melakukan kesalahan.namun di sebalik semua kesalahan itu aku sedar segala pengalaman itulah yang mengajar kita untuk hidup di dunia ini. ibu banyak memberi inspirasi padaku.semasa aku kecil aku pelik kenapa ibuku selalu mengelak untuk membeli apa-apa benda yang aku suruh melainkan keperluanku dan kini apabila aku dewasa aku sedar setiap sen yang dibelanjakan sangat berharga dalam sebuah keluarga.ibu, aku banyak melukakan hatimu tapi percayalah jauh di sudut hatiku ini aku sangat mencintaimu.segala yang telah kau lakukan untukku akan ku ingat sampai nafasku yang terakhir.ibu, setiap kali kami pulang bertemu mu kau akan menyambut kami dengan senyuman dan aku sangat cintakan senyumanmu,tiada senyuman yang dapat menyaingi senyuman seorang wanita yang bergelar IBU. sekiranya diberi pilihan aku ingin untuk putarkan kembali masa kepada waktu aku di lahirkan kerna aku ingin membuat kau bahagia dan aku ingin mengesat semua airmata yang telah kau bazirkan padaku.dan hari ini kepada wanita yang amat aku sayangi PUAN SHARIFAH NOR LATIFFAH aku anakmu ingin mengucapkan SELAMAT HARI IBU....semoga segala yang telah kau harungi semasa mengandungkan aku,melahirkan aku,dan sehinggalah membesarkan aku akan diberi ganjaran di syurga kelak dan siapalah aku untuk membalas jasamu wahai ibu anakmu ini hanya mampu berdoa dan selagi ada kesempatan aku berjanji akan memberikan sepenuh cintaku padamu....


yang mencintaimu.


wan zikri afthar ishak