welcome to my life...!~

today all of us will witness something special from me and this will be the best and the truth from me and my life so after u walked in u better spare something just in case if your tears comes out your eyes....!~

Wednesday 2 March 2011

menangis

assalamualaikum,

seorang lelaki yang menangis teresak-esak apabila bercakap dengan ibunya apakah itu salah?adakah itu manja?hanya ALLAH sahaja yang tau bagaimana perasaan aku bila ibuku seakan akan tau perasaan anaknya yang sedang gundah sedang aku buntu dan bingung beliau hadir untuk menenangkan aku disusuli deringan telefon dari seorang ayah,
inilah yang dikatan kasih seorang ibu dan ayah. sesungguhnya selepas aku menelaah nasihat yang telah di beri padaku aku sedar betapa beruntungnya aku kerna mereka masih lagi ada di sisi ku sewaktu aku memerlukan mereka,

ibu ayah, sesungguhnya aku sangat menyayangi kalian dan sesungguhnya aku sedar kasih sayang tidak dapat aku curahkan melalui wang ringgit tetapi doa dan ingatan ku pada kalian.

ibu ayah, aku sedar aku sememangnya berdosa dan sangat jahil namun aku bersumpah akanku curahkan doaku dan kasih sayangku padamu dan hanya itulah yang mampu aku lakukan dan akupernah bermimpi yang suatu hari akan ku penuhi segala kemahuan mu bila aku sudah mampu walaupun kalian tidak pernah memberitahu keinginan kalian namun aku anakmu tau apa yang kalian mahukan.

ibu ayah, sesungguhnya aku sangat takut kehilangan mu dan aku sentiasa berfikir adakah aku mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa melihat senyumanmu gelak tawamu teguranmu dan masakan mu, tetapi yang paling aku takut adakah aku mampu menjadi anak yang soleh yang mana doa2ku akan menjadi peneman mu nanti.

ibu ayah, kini aku sedar aku tidak dapat menghalang kejadian yang telah atau bakal berlaku namun aku tau setiap insan akan di berikan hidayah dari ALLAH cuma kita sahaja mungkin tidak sedar tentang kehadiran hidayah itu.

 ibu ayah doamu telah menjadi penerang hidup ku dan aku akan ingat dan akan ku bawa hingga akhir hayatku,

ibu ayah, terima kasih kerana menjadi ibu dan ayahku dan aku akan menjadi anakmu yang soleh doronglah aku dengan doa-doa mu...aku cintakan kalian...

dedicated to                                                                                      from: your son: zikri
my beloved father: ISHAK BIN IBRAHIM

my beloved mother: SHARIFAH NOR LATHIFFAH.

No comments:

Post a Comment